Tragedi Oktober

Pelbagai jenis tragedi yang berlaku pada bulan ini terutamanya tragedi akademik. Walaubagaimanapun, adalah salah kiranya saya secara membuta -tuli membuat kesimpulan awal kerana bukan sahaja bulan Oktober secara rasminya belum tamat, malahan ada juga peristiwa gembira tercatit pada bulan ini.

Hari ini jatuhnya hari lahir ke-20 Priya, rakan serumah saya yang bijak pandai dan seseorang yang jikalau diteliti, mempunyai ciri-ciri tak ubah seperti seorang penyokong kuat Republican. (Tetapi agak pelik juga kenapa dia menyokong Stephen Harper dan pada masa yang sama, menjulang Barack Obama ).

Selamat Hari Jadi dan semoga panjang umur diucapkan.

Priya terkejut. Kek dipilih khas agar sesuai dengan citarasa empunya diri

Rakan serumah gembira bersama

Berbalik kita kepada topik tragedi , walaupun ditimpa musibah bertubi-tubi, tidak mengapa , saya redha dan terima kenyataan. Tetapi awas saya tidak mungkin berdiam diri lagi. Diharapkan agar November mendatang bertemakan bulan balas dendam.

Lihatlah , nanti saya buktikan.

P/s : My God. My malay is becoming so awful.

P/s/s: Berita gembira 2- My Ubuntu CD sudah sampai. Yes.

P/s/s/s: Berita lebih menggembirakan 3- Alex and Izzie yay!

P/s/s/s/: Meminta kerjasama pembaca agar jangan memberitahu Priya akan kewujudan post ini seraya dia akan mengetuk pintu saya lebih kerap daripada biasa. Katanya ” I dont look good in this picture”. Namun saya kurang bersetuju dengan pendapat beliau  malahan pada anggapan saya, gambar ini sungguh comel.

Advertisements

10 comments

  1. farhanafauzy · October 25, 2008

    hey, maybe you didnt realize it. or maybe you are aware.
    but yesterday or today’s are 3 am, your facebook account sort of vanished in thin air!

    i thought you sort of delete it, but its kind of back.

    it must be pretty weird for me to notice. but trust me, a pure coincidence.

    i see a lot of bm posts coming in. now i understand what aijud mean. 🙂

  2. atiqahmokhtar · October 25, 2008

    hahahaha,Tragedi Oktober. I remember actually watching the movie in some dodgy cinema. Awie, Amy mastura and… erra fazira ek?

    Anyway, gagahkan diri and get your vengeance! November adalah bulan berbalas dendam. yeah,man.

    p/s: Lawanya kek tu.(pie? fruit pie?macam byk gile buah, it looks delectable).

  3. afnanshazwan · October 26, 2008

    wah! nani menggunakan bahasa melayu dalam blognya! hebat!

    Bersemangat nani! chaiyok2 membalas dendam dlm bulan november… adakah itu bermaksud akan datangnya satu post daripada anda yang bertajuk “Dendam Oktober”?

  4. TyRoX · October 26, 2008

    phew…

    ade gak post dalam malay dari farah hanani…..

  5. farahhanani · October 26, 2008

    anna :

    actually that was deliberate, in a futile attempt to divert less attention towards facebook on that particluar day ( FEE quiz ). flattered you noticed it!

    ateqs:

    dear, saya mengikut jejak langkah anda sebenarnya berbahasa melayu. saje testing apakah masih ada kebolehan menulis dalam bahasa ibunda. nampak gaya sudah tiada lagi dek ditelan bahasa penjajah.

    yes, thats actually a fruit custard pie. see, my roommates are real health freaks, both of them, if i bought a choc cake or anything slightly decadent, noones going to finish the cake.

    afnan:

    i’m sorry to hear about ur house fiasco. tajuk post sambungan “dendam oktober” yang disyorkan masih didalam pertimbangan.

    on a lighter note, hey, welcome to the white green yonder!

    akmal:

    tulah.aku pun sendiri kagum walaupun tak setertib mana kan. sikit lagi praktis, aku boleh lawan ko nye blog.

  6. shamsuddin · October 27, 2008

    Memang BMmu sudah merudum sebegitu teruk macam merudumnya pasaran saham sejak kebelakangan ini. Masalahnya Farah Hanani, anda berfikir dan membina ayat di dalam fikiran anda menggunakan kaedah bahasa Inggeris dan kemudian anda terjemahkannya ke dalam BM dan menulisnya dalam BM. Pasti ayatnya menjadi pelik. Nuansa dan lenggok kedua-dua bahasa tersebut jauh berbeza. Itu belum masuk bab laras bahasa lagi tu! Kau kena berlatih semula untuk berkir dalam BM dan buat ayat dalam BM. Untuk Bahasa Inggeris, fikir dalam English dan tulis dalam English, barulah tidak kelihatan janggal.

    Maybe you should write to Johan Jaafar or Kadir Jasin in learning how to do it.

  7. farahhanani · October 27, 2008

    en shamsuddin:

    alamak kene sound padan muka hahaha. ampun maaf ye :P. apakan daya, tiada lagi komitmen diperlukan untuk saya menulis dalam bahasa melayu maka era menulis karangan spm 10 mukasurat sudah sampai titik noktahnya.

  8. anem · October 28, 2008

    Aah, setuju dengan bapak ko. Aku bace post ni macam bace post mat saleh yg cube nak praktis buat karangan bm.

    Hahaha..

    Mais maintenant, j’essaye penser en français… ^.^

  9. pharie · October 29, 2008

    aku bace tajuk saja dah terkejut.sbb apa?

    dalam BM koooot.

    =)

  10. Irving Tan · October 31, 2008

    Korang perasan tak that since we left for Canada, our BM has become more “pretentious” and impractical in usage? Like, we take great pains to infuse words like “jikalau” and “walhal” and “sehubungan dengan itu”. Cam kelakar lah pulak.

    In any case, Happy Birthday/Selamat Hari Jadi/Stolat/Bonne fete Sang Priya! =D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s