Adeh.

Hari ni saya nak cerita kelakar sambil embarrassing sedikit. Maafkan saya , memang disengajakan menulis dalam bahasa melayu sebab saya nak orang tertentu sahaja boleh faham. Juga, apabila saya bengang, saya harap dapat menyampaikan isi coretan ringkas kali ini dengan lebih berkesan apabila menggunakan ‘natural’ language saya iaitu bahasa ibunda.

Mari kita imbas senarai kisah berikut:

1) Tatkala membeli ayam dengan di Marche Al-Miza, seorang pak Arab menegur dan bertanya adakah saya dari Indonesia. Setelah membetulkan tanggapan beliau, lantas beliau membuka cerita bahawa beliau mahu ke Malaysia satu hari nanti, juga sedikit selitan bahawa bekas isterinya datang dari Malaysia. Dia bertanyakan nombor telefon saya, dan atas sebab saudara seagama, dengan naifnya saya menurut sahaja. Pada keesokan harinya , die menelefon saya ketika saya sedang mengulankaji pelajaran dan bertanya khabar seolah-olah mahu berborak. Saya merasa agak pelik dengan situasi tersebut, lalu berpura-pura bahawa saya sedang sibuk berbincang dengan rakan sekumpulan untuk menyiapkan satu laporan makmal.

2) Seorang pakcik yang merupakan graduate student di McGill juga yang saya layan selama satu jam kerana dia bertanyakan saya satu soalan. Di tengah-tengah perbualan, masuklah kisah seorang anak muda bernama Alex, berumur 30 tahun, yang dirisaukannya kerana asyik keluar dengan perempuan tidak seagama dengannya. Terdetik di benak fikiran saya “ Aduh, saya sudah dapat agak perbualan ini akan ke mana…”. Ternyata tanggapan saya tepat sekali (mengikut kata orang Jepun; “Yappari.”), apabila pakcik tersebut menyesyorkan saya berkenalan dengan En Alex ini di Second Cup. “ Kenalan sahaja, saja-saja…”

3) Seorang mamat geli-geleman yang meng’add’ saya di facebook atas dasar mahu bertanya tentang lebih lanjut akan maklumat program kejuruteraan electrical di McGill( pada mulanya, I should have known). Setelah beberapa lama, mamat ini menunjukkan tujuan sebenarnya. Cukuplah sekiranya saya simpulkan bahawa mesej-mesej yang diberikan sangatlah menggelikan.

4) Seorang lelaki dari Sepanyol, lingkungan 30-an juga, sekadar berborak di dalam Metro kerana kecurigaannya tentang hijab. Dalam tengah perbualan, saya melahirkan hasrat untuk belajar French apabila beliau mengatakan bahawa dia adalah seorang guru French. Apabila saya tiba di ‘stop’ saya, beliau menawarkan diri untuk berjalan sampai ke rumah saya. Saya jadi agak kaget. “ Not again…”. Saya buat-buat rilek, mungkin ini tabiat orang Barat, menghantar perempuan sampai ke hadapan rumah. Apabila sampai di simpang berdekatan dengan rumah, lelaki ini mula bertanyakan tentang nombor telefon saya. “I can teach you French”. Lebih-lebih lagi apabila die membuat gaya-gaya mahu memeluk cium saya, saya jadi agak panik. Ini sudah serius. Bagaimana mahu lepas kali ini? Ok para pembaca sekalian, mesti saudara- saudari ingat orang ini ikhlas mahu menemani saya, tapi percayalah. Keikhlasan boleh terus dilihat dari gaya, dan sinar mata( saya agak hebat dalam membaca niat hati orang) tapi lelaki ini memang bad business. Saya lalu berkata “ Oh, sudah sampai rumah , terima kasih banyak” walhal rumah tersebut bukanlah rumah saya. Dikala saya menyorok di tepi pintu, saya lihat lelaki ini masih tercegat di tepi simpang, seolah –olah mahu mengingati jalan dan nombor rumah saya. Memang sah.

5) Yang terbaru:

Sedang enak berjalan di St Catherine, seraya mahu melihat pemandangan dan suasana musim panas. Tiba-tiba seorang lelaki menegur, “ Apa khabar? Dari Malaysia?” ( It’s becoming a theme). Cerita panjang menjadi pendek, beliau sudah 10 tahun meninggal kan Malaysia dan kini bermastautin secara tetap di Montreal. Kami berborak panjang, sengaja saya melayan, atas sebab budi bahasa rakan senegara. Di akhir perbualan, dia bertanyakan nombor telefon saya dan mengajak saya menonton wayang. Saya, sebagai seorang yang BLUR DAN TAK PANDAI NAK MENAFSIR SITUASI, menjawab sahaja: “Ok.” . Keesokan harinya, die menalifon saya dan bertanya untuk keluar makan. Nasib baik saya berpuasa ganti pada hari tersebut. Sekarang saya sudah terperangkap. Saya cuba melepaskan diri dengan membawa rakan saya sekali menonton wayang dan berpura-pura saya mempunyai teman lelaki yang bernama Ajis Mohd Zin, seorang pelajar kejuruteraan sivil di Australia. At this juncture, saya bukan lagi panik, tetapi ada sedikit panas hati dan bengang.

Ok

Saya akui yang saya ni takdelah lawa, tak kiut, tak bergaya, duit pon takde. Kalau bab-bab memikat hati lelaki ini, saya memang tak reti langsung. Kalau diberi pilihan antara laptop dengan handbag, saya akan pilih laptop(tapi saya memang suka memasak *boleh tak nak plug kat sini*). Memang dari sejak sekolah rendah lagi, saya memang langsung tidak awkward dengan budak lelaki. Kawan baik saya masa sekolah rendah semua lelaki, geng saya semua lelaki. Sekarang dah masuk universiti, dah nama pun pelajar kejuruteraan, memang semua lelakilah kawan-kawan yang saya hang out. Maknanya, saya memang tak nampak sebab nak memikat, kerana semuanya saya selesa untuk berkawan. Saya terima bahawa saya perempuan jenis sebegitu. Tak hairan juga,tak banyak pon lelaki sebaya saya yang nak cuba menekel (dah lama tak guna perkataan tekel GKK)

Tetapi.

Tetapi. Tetapi. Tetapi.

Calon-calon lelaki yang datang cubalah…….cubalah……..decent sedikit. Atau dengan cara yang tidak memenuhkan kepala otak saya dengan fikiran negatif “ CREEP! MANUSIA TAK SEDAR DIRI! TOLONG! TOLONG!”. Lelaki-lelaki yang saya suka pulak …………ok taknak cerita.

*Notice plural ‘lelaki-lelaki’. Ye saya minat ramai jugak GKK (gelak kuat-kuat) :P)*

Saya juga tidak berapa faham dengan stail? (ada ke perkataan ini dalam Kamus Dewan Bahasa?) lelaki mengajak perempuan dating apabila hanya mengenali seseorang tidak sampai 3 jam. Adakah ini caranya perempuan sedunia mendapat boyfriend? Serius saya tak tahu.

Saya tak mintak banyak pon untuk ‘berkawan’ ni (InsyaAllah). Tak hensem sangat pon takpe(hensem pon okay jugak). Tapi biarlah yang saya kenal, selesa untuk membuat aktiviti bersama, selain menerima semua buruk baik saya.

Apa motif post ini? Sebab saya tengah bengang dan panas hati. Sikit-sikit okaylah tapi dah banyak insiden sebegini saya jadi agak tensyen,nak berborak pon tak boleh, mesti kene ada ulterior motive. Saya memang suka buat benda seorang-seorang: jalan seorang-seorang, shopping sorang2, beli groceries sorang2. Memang agaknya sebab itulah senang jadi target. Bukan takde member, tapi saya jenis yang tak berapa suka menyusahkan orang nak teman ke sana kemari. Tak boleh ke nak biar saya jalan dengan aman dan tenteram? Rasa nak call je ayah saya datang sini jalan sekali, senang tiada orang nak kacau. Inilah benda-benda disgusting dan memenatkan(tak pasal-pasal kene reka Ajis Mohd Zin) yang perempuan perlu lalui.

Moga dijauhkan ye segala perkara yang melecehkan ini.

P/s¨Ini kisah-kisah extreme untuk dijadikan pengajaran . Yang lain saya omitlah, sebab yang lain tu ….ceritanya elok sahaja 🙂

P/s: Maafkan penulisan bahasa melayu yang tunggang langgang. Kene belajar balik dari orang yang arif.

Advertisements

13 comments

  1. Atiqah · August 1, 2010

    GKK GKK GKK GKK!

    Ajis Mohd Zin? Macam pernah jumpe je. Kalau tak silap pernah berkenalan dengan dia masa Hari Raya tahun lepas,hahahahaha.

    • farahhanani · August 2, 2010

      ye kot jumpa masa raya hari tu. dia ada nakal-nakal tak? kalau ye, cakap minggu depan dah tak nak call dah. merajuk.

      XD

  2. Auni · August 2, 2010

    Wow! Mencabarnya hidup di Canada!

    • farahhanani · August 2, 2010

      salam auni,

      takdelah ni okay je. cuma kene pandai handle la.

  3. Irving Tan · August 2, 2010

    Farah, my name is Irving. Not Ajis.

    • farahhanani · August 2, 2010

      alamak!
      Sayang, sori sori. yelah selalu sangat panggil you sayang i dah lupa nama betul you apa GKK

  4. farhana fauzy · August 4, 2010

    GKK = LOL! baru sedar…

    ive been meaning to comment. i read this afew days ago but didnt get the chance.

    this was hilarious. at each scene, i was imagining what kind of expressions you’d make. 😀

    i dont usually trust strangers to dwell in conversation nor that give them a welcome-talk-to-me look, but once in a while it does gives you a moral boost when you enjoy good talk without the instantly can-i-get-your-number thing with strangers.

    in one experience, i created a husband n had to “fake” call him +_+

    to re-iterate one of the comment: mencabarnye livng in Canada! 🙂

    • farahhanani · August 13, 2010

      Ok like this:

      say people on the street ask: “are you malaysian?’
      and i say: “yes”
      and he say: ” oh saya pun bla bla bla *goes on about his origins*
      i pon: ” oh ye ke? *sambung sket*”

      sekali dia tanya: ” you nak pegi mana ni”
      i: *blur* balik rumah”
      dia: “ah kita jalan lah, i pon takde nak buat apa”

      what should i do at this juncture? i just say okay, because why?1) i do not assume anything on other people. 2) i feel like being very off handish/rude if i say, “no”, as if i’m branding him as a creep even before knowing. And that is a rude impression to impose on people.

  5. Izzat · August 13, 2010

    Assalamualaikum.

    Pada pendapat saya, anda terlalu ramah (termasuk terhadap orang asing) dan mungkin anda kelihatan sedikit teruja ketika berbicara, membuatkan lelaki berminat ataupun tersalah tafsir gaya tubuh anda.

    Heh.penat taip formal.kalau tak interested, buat acuh tak acuh je.nampak rude but for greater good.

    ps1 : comel duh smiley kecik kat bottom left corner tu. =p
    ps2 : nk number bley? haha

    • farahhanani · August 13, 2010

      LOL hahaha salah saya ye?
      Ah, i engage in conversation not assuming anything. I do it out of genuine spirit of camaraderie and politeness. Manalah saya tahu kepala lelaki ni lain…

      P/s1: haha itu wordpress punye trademark.
      P/s 2: tanya Ajis dulu boleh tak LOL.

  6. shamsuddin · August 14, 2010

    U should try your Mak Uda’s repertoire in getting out of sticky situation. At that juncture use the phone to call up (or pretending to call up) your bf or husband telling him where you are and what you are doing and there is somebody with you,and describe him. It may be a bit unnerving to the man but what the heck. She always do that when she come to KL and every time she gets into a taxi at KLIA or KL, She would give the taxi number and the name of the driver – sort of pre warning to the driver that please do not mess with me, my husband knows where I am.
    So I suppose you have to be a bit more careful in entertaining strangers. I do believe you have to change your habit of going out alone. Get a company. It is the same back here, not only in Canada. And never ever give your handphone no to somebody you just knew, no matter how baik he is – a fairly simple rule.

  7. Irving Tan · September 2, 2010

    In reference to the matter above, Ajis kata tak boleh.

  8. akmal · September 6, 2010

    hahaha… nice one la farah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s